• image
  • image
  • image
PRESS RELEASE

 

SIARAN AKHBAR:

 

MAJLIS SAMBUTAN

SEMPENA HARI PENERBANGAN AWAM ANTARABANGSA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 20 Disember 2014 – Jabatan Penerbangan Awam, Kementerian Perhubungan hari ini mengadakan Majlis Sambutan Hari Penerbangan Awam Antarabangsa bertempat di Kelab Rekreasi Diraja Brunei, Berakas (RBRC).

Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, Menteri Perhubungan yang juga melancarkan aplikasi “iFlyBrunei”.

Turut hadir ialah Yang Mulia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusof, Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan; Yang Mulia Awang Mohd Riza bin Dato Paduka Haji Yunos, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Pengarah-Pengarah Bahagian, Ketua-Ketua dan Timbalan-Timbalan Ketua Jabatan serta pegawai kanan Kementerian Perhubungan dan Jabatan-Jabatan Dibawahnya.

Hari Penerbangan Awam Antarabangsa disambut setiap 7 Disember oleh ahli-ahli Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang mana tema pada tahun ini adalah ‘Cooperation in Global Aviation Progress’. Tahun ini juga genap 60 tahun penyertaan dan keterlibatan Negara Brunei Darussalam dalam industri penerbangan sejak perasmian landasan pertama pada 15 November 1954.

Aplikasi ‘iFlyBrunei’ yang dilancarkan pada pagi ini merupakan antara inisiatif Jabatan Penerbangan Awam bagi mendokong visi Kementerian Perhubungan ke arah ‘Masyarakat Pintar’ menjelang 2017. Ianya bertujuan memberikan kemudahan kepada orang ramai khususnya penumpang-penumpang dengan menyediakan informasi terkini maklumat penerbangan, pemberitahuan langkah-langkah dan peraturan keselamatan serta informasi yang berkaitan dengan pekhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

Orang ramai boleh menggunakan aplikasi “iFlyBrunei” dengan memuat turun melalui Android Google Play dan iOS Apple apps Store.

LATEST NEWS

iFlyBrunei app launched to assist air travellers

20th December 2014 - A New mobile application called iFlyBrunei app informing people about flight delays was launched. The flight information that can be received on handheld devices via the iFlyBrunei app was launched by Minister of Communications Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Hj Abdullah Begawan Mudim Dato Paduka Hj Bakar at a function to observe the International Civil Aviation Day 2014 at the Royal Brunei Recreation Club in Berakas.

Civil Aviation Department officer Haszemi Mat Yassin said the iFlyBrunei app benefits users, especially when a flight delay occurs.

“Say, for example, you’re on the way to pick a family member from the airport and the flight arrival time is 1.30pm. But on arriving at the airport, one may sometimes get frustrated to know that the flight arrival is delayed,” he said.

“Hence, this application comes in handy in informing people instantly on their phones about flight delays, arrival and departure.”

“This can help and save the time of those going to pick up their friends and relatives. The app would also help people reach the airport at the right time, he added.

Read more...

iFlyBrunei

  • image
AIRWORTHINESS

 

REGULATIONS

OPERATING AIRLINES