Articles
-
Created on Monday, 23 August 2010 02:45
Penyampaian Sijil Tamat Kursus Oleh Yang Mulia Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan
Penyerahan Jentera RIV Daripada Syarikat Bengkel Kereta Berakas Sdn Bhd Kepada Jabatan Penerbangan Awam
Lapangan Terbang Antarabangsa - 5hb Ogos 2010, Majlis Tamat Kursus Asas Kebombaan, Kursus Pegawai Rendah Dan Kursus Ahli Bomba Kanan yang melibatkan 12 orang pegawai dan anggota bomba lapangan Terbang telah diadakan di balai bomba utama lapangan terbang Jabatan Penerbangan Awam. Penyampaian tanda-tanda pangkat dan sijil-sijil kursus telah disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis Yang Mulia Dato Seri Utama Haji Awang Alaihuddin Bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Utama Haji Awang Mohd. Taha, Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan. Kursus-kursus tersebut dikendalikan oleh Unit Latihan Dan Perkembangan dan merupakan kursus mandatori bagi peringkat pegawai yang baru berkhidmat dan bagi peringkat pegawai dan anggota bomba yang telah dinaikkan jawatan.
Majlis ini juga diselajurkan dengan penyerahan sebuah jentera Rapid Intervention Vehicle (RIV) daripada Syarikat Bengkel Kereta Berakas Sdn Bhd yang disampaikan oleh Pengarah Syarikat Yang Mulia Dato Seri Laila Jasa Haji Ahmad Bin Dato Paduka Haji Matnor kepada Pengarah Penerbangan Awam Yang Mulia Awang Haji Omarali Bin Haji Mohd. Ja'afar.
Tetamu Kehormat Kemudian 'Menapung Tawar' jentera RIV dan seterusnya menyaksikan dengan lebih dekat perkakas-perkakas pada jentera tersebut.
Jentera RIV ini adalah merupakan projek penggantian jentera RIV lama dan berperanan bagi menjaga dan memelihara perkhidmatan perlindungan kebakaran bagi kawasan heliport Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam.
Turut hadir dimajlis itu Pmk. Timbalan Setiausaha Tetap kementerian Perhubungan Awang Mohd. Reza Bin Dato Paduka Haji Mohd. Yunos.